Allah SWT berfirman:
"Tiap-tiap
diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan
kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan
dikembalikan." (Al-Anbiyaa' 21:35)
"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."
(Al-Anbiyaa' 21:35)
Syukur kepada Allah yang sentiasa memberi petunjuk dan jalan kepada hamba-Nya yang seringkali terlupa dan terleka dengan duniawi ini. Tatkala diri merasa sukar dan cemburu melihat orang lain yang hidup dalam kesenangan tanpa perlu mengikat perut menahan lapar, ayat-ayat cinta daripada Yang Maha Esa ini benar-benar mengubat luka. Allah hanya Dia Yang Maha Mengetahui segala sesuatu dan kemampuan hamba-Nya. Mungkin ada yang berfikir bahawa bila diuji dengan kesusahan, akan lebih mendekatkan manusia dengan Allah kerana sudah menjadi lumrah manusia lupa akan Tuhannya pabila diwaktu senang. Apabila diuji sedikit dengan kesusahan, mulalah diri menangis memohon dibukakan pintu rezeki supaya dapat keluar daripada lembah kesusahan. Allah malunya diri ini kerana menjadi hamba yang sedemikian.
Namun saya sangat bersyukur kerana Allah memberikan kedua-dua ujian merasai kesusahan dan kesenangan supaya saya dapat merasai nikmat ujian. Lantas menjadikan saya seorang yang kuat, tidak mementingkan diri sendiri dan memahami keadaan orang lain. Allah syukur, syukur, syukur.
Saya tidak lagi menjadi anak yang menangis merengek pabila tidak memperoleh kehendak sepertimana yang anak-anak lain mahukan. Saya lebih berfikir apa kesusahan mak dan ayah akan tanggung untuk mencukupkan keperluan saya. Sesungguhnya pengalaman itu mematangkan saya. Ditempatkan jauh dari keluarga sejak dari tingkatan satu sehingga Universiti benar-benar mengajar saya erti pengorbanan. Samaada diri sendiri yang berkorban ataupun ahli keluarga yang perlu berkorban. Ya berkorban tenaga, harta benda dan masa demi kasih sayang. Apabila difikirkan hidup ini hanya sementara tiada yang kekal. Kesusahan dan kesenangan dalam hidup berputar seperti roda. Hebatnya aturan Allah itu. Takkan pernah mengabaikan hamba-Nya. Tidak pernah zalim tehadap hamba-Nya kerana pabila Dia menguji hambanya dengan kesusahan, dijadikan hati ini terasa dekat dengan Yang Maha Mencipta, diwujudkan ada rasa untuk meminta dan merayu supaya diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian yang diberikan.
Ini luahan hati sang hamba yang sentiasa mengharapkan belas daripada Tuhannya. Hidup ini masih berjalan seperti biasa. Terkadang coraknya sama, terkadang coraknya berlainan sedikit. Itulah warna-warna kehidupan. Kelak pasti ditanya apa yang telah kamu lakukan dalam hidup ini?.
-Bersambung-
Allah SWT berfirman:
"Tiap-tiap
diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan
kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan
dikembalikan." (Al-Anbiyaa' 21:35)
"Tiap-tiap
diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan
kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan
dikembalikan." (Al-Anbiyaa' 21:35) - See more at:
http://www.aizuddinhamid.com/2013/06/kematian-itu-pasti.html#sthash.OFiePCQC.dpuf
"Tiap-tiap
diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan
kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan
dikembalikan." (Al-Anbiyaa' 21:35) - See more at:
http://www.aizuddinhamid.com/2013/06/kematian-itu-pasti.html#sthash.OFiePCQC.dpuf